Cara Mudah Membina Rangka Karangan SPM
Asalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini, kali ini saya nak ajar cara mudah untuk membina rangka sesebuah karangan dengan betul. Korang suka ke tulis karangan? Saya hanya minat membaca berbanding dengan menulis. Punca utama murid kurang gemar untuk menulis karangan disebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan idea mereka terhadap karangan yang dihasilkan. Blog ini akan saya nyatakan langkah yang mudah untuk membina rangka karangan dalam menghasilkan sebuah karangan yang menarik untuk dibaca ;) Untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik, karangan perlu mempunyai : 1. Pendahuluan 2. Isi 3. Penutup Saya amat menggalakkan murid untuk menulis perenggan 1) Pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, 2) Isi dalam anggaran 80 patah perkataan x 5 isi = 400 patah perkataan 3) Penutup dalam anggaran 70 patah perkataan *Jumlah keseluruhan karangan ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak yan...