Posts

Showing posts from October, 2020

Cara Mudah Membina Rangka Karangan SPM

Image
Asalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini, kali ini saya nak ajar cara mudah untuk membina rangka sesebuah karangan dengan betul. Korang suka ke tulis karangan? Saya hanya minat membaca berbanding dengan menulis.  Punca utama murid kurang gemar untuk menulis karangan disebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan idea mereka terhadap karangan yang dihasilkan. Blog ini akan saya nyatakan langkah yang mudah untuk membina rangka karangan dalam menghasilkan sebuah karangan yang menarik untuk dibaca ;)    Untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik, karangan perlu mempunyai : 1. Pendahuluan 2. Isi 3. Penutup Saya amat menggalakkan murid untuk menulis perenggan  1) Pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan,  2) Isi dalam anggaran 80 patah perkataan x 5 isi  = 400 patah perkataan    3) Penutup dalam anggaran 70 patah perkataan  *Jumlah keseluruhan karangan ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak yan...
Image
   Asalamualaikum dan selamat sejahtera ;) Buat pertama kali saya mencipta sebuah blog buat perkongsian ilmu yang cukup penting di dalam dunia pengajaran. Blog ini bertajuk kaedah atau teknik meningkatkan kemahiran belajar murid bagi membantunya mengikuti mata pelajaran tersebut dengan berkesan. Blog ini juga bukan dibuat secara sukarela namun ia dibuat demi memenuhi kerja kursus yang telah diberikan oleh saya (termenung kesedihan sambil memikirkan kerja kursus yang berlambak ). Sebenarnya boleh sahaja saya nak lukis tugasan ini sebab kasihan akan anda untuk membacanya ketika waktu malam. Namun saya gagahkan diri untuk menaip blog ini. Ok baik kita masuk semula tajuk sebab dah terpesong jauh.  Kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran belajar murid ialah dengan menggunakan teknologi  di dalam proses pembelajaran. PENGGUNAAN TEKNOLOGI   Sudah semestinya pelajar abad ini umumnya mempunyai alat teknologi di rumah seperti gadjet dan televisyen. Namun ...