Cara Mudah Membina Rangka Karangan SPM

Asalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini, kali ini saya nak ajar cara mudah untuk membina rangka sesebuah karangan dengan betul. Korang suka ke tulis karangan? Saya hanya minat membaca berbanding dengan menulis. 

Punca utama murid kurang gemar untuk menulis karangan disebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan idea mereka terhadap karangan yang dihasilkan.

Blog ini akan saya nyatakan langkah yang mudah untuk membina rangka karangan dalam menghasilkan sebuah karangan yang menarik untuk dibaca ;)


  




Untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik, karangan perlu mempunyai :

1. Pendahuluan
2. Isi
3. Penutup

Saya amat menggalakkan murid untuk menulis perenggan 

1) Pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, 
2) Isi dalam anggaran 80 patah perkataan x 5 isi  = 400 patah perkataan  
3) Penutup dalam anggaran 70 patah perkataan 

*Jumlah keseluruhan karangan ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak yang dinyatakan soalan.

Kaedah berikut berubah mengikut kehendak soalan.





Formula menulis karangan 


(Pendahuluan)
* Menjelaskan tajuk soalan
* Memberi contoh
* Menghuraikan soalan

(Isi)
* Siapa
* Kenapa
* Apa 
* Bagaimana 
* Contoh

(Penutup)
* Membuat kesimpulan
* Menyatakan harapan
* Menyelitkan slogan atau peribahasa yang sesuai




*Peringatan penting rangka pendahuluan!

> Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci. 

> Jangan memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.


*Peringatan penting rangka isi!

>  Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

> Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

> Tidak boleh mengulang isi yang sama dalam beberapa perenggan.  


*Peringatan bagi rangka penutup!

> Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

> Perenggan kesimpulan mestilah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

> Mesti menyatakan ayat harapan.  


Menyusun Rangka Karangan
 
a. Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk anda mencari isi
b. Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin
c. Susun isi mengikut urutan kepentingannya
d. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai
e. Isi penting jangan diulang-ulang




Menyemak Karangan

 

> Pastikan jika ada
 *tulisan kurang jelas, 
 *kesalahan ejaan, 
 *tanda baca, 
 *penggunaan imbuhan 
 *tatabahasa
 *struktur ayat yang salah 

> Baca secara berulang kali 


  

Sekian sahaja untuk blog pada kali ini, semoga bermanfaat buat semua :)

Comments